5/31/09

Sekadar Renungan Bersama

Baru baru ini saya ada menerima satu kiriman email dari seorang sahabat dan kawan. Kiriman tersebut menceritakan tentang pasangan kekasih yang sanggup berkorban demi sebuah cinta. Pada mulanya saya agak tidak peduli dengan kisah tersebut mungkin kerana usia saya yang sudah agak tidak sesuai lagi dengan cerita -cerita seumpama itu. Namun setelah saya meluangkan sedikit masa dan cuba menghayati apa cerita sebenar di sebalik yang tersirat saya mula sedar bahawa cerita tersebut memang mempunyai nilai pengajaran yang mendalam. Ceritanya begini: kata Maisarah (bukan nama sebenar) yang buta kedua-dua matanya kepada kekasihnya Akram (juga bukan nama sebenar).

Maisarah: Alangkah indahnya alam semasta ini?

Akram: Ye memang indah sekali tak dapa saya bayangkan betapa indahnya, dan tentu sekali ianya lebih indah sekiranya Maisarah berada di sisi saya buat selama-lamanya.

Maisarah: Akram sanggupkah kamu menemani perjalanan hidup ini dengan seorang wanita yang buta serepti aku ini?

Akram: Oooh tentu sekali Maisaraha, saya sanggup buat apa apa pun demi kamu Maisarah. Lagi pun saya akan cuba sedaya usaha saya untuk kembalikan penglihatan kedua duat matamu itu supaya kamu dapat lihat betapa indahnya dunia ini.

Maisarah: Wah... alangkah bahagianya aku pada hari ini kerana kamu sanggup berusaha untukku dan tetntu sekali aku juga dapat meilhat wajahmu yang segak ini. Wah dah tak sabar aku menuggu hari itu akan tiba.

Namun apa yang berlaku setelah itu amat menyedihkan.

Pada suatau hari setelah Maisarah dapat melihat di sekelilingnya, tiba2 dia menyedari bahawa Akram, kekasihnya itu, keadaannya juga buta kedua dua buah mata. Lalu Maisarah berkata: Wahai Akram sanggup kamu mempermainkan perasaanku, kamu seorang penipu, aku tak sangka bahawa kamu juga buta seperti aku !, sedangkan kamu menceritakan keindahan alam semasta ini dengan hanya rekaan kamu semata mata ye!!!!

Aku tak sanggup lagi menjadi kekasihmu.

Lalu Akram cuba memperjelaskan keadaan yang sebenar, namun Maisarah tetap dengan pendiriannya itu. Maka mereka berdua berpisah buat selama lamanya.

Pada suatu hari, Maisarah terjumpa sekeping nota, di dalam nota tersebut menceritakan tentang pengurbanan Akram terhadapnya, di mana Akram sanggup berkorban demi kekasihnya Maisarah. Walau sekali pun dengan menggantikan dua buah matanya yang celik dengan dua buah mata Maisarah yang buta itu.

Barulah Maisarah tahu bahawa sebenarnya dua buah mata itu adalah ampunya Akram yang sanggup menggantikan matanya demi kebaikan Maisarah. Namun segala galanya sudah terlambat.

Pengajaran:

Seringkali kita salah tafsir pengertian sesuatu pemeberian yang dikurniakan kepada kita. Justeru itu, kita patut berfikir terlebih dahulu sebelum kita membuat sesuatu keputusan secara mendadak. Kerana ada sesuatu kebaikan di sebalik segala pemberian itu.


8/25/08

Collection of Pictures of Biotechnology Entrepreneurship Workshop


Ms. Arni Balkish and Ms. Norhana, the organizers are observing the presentations presented by the participants of the workshop.




Mr. Mohamad Rizal, assistant manager, corporate planning from 9Bio presenting his business idea.





A sucessful businessman, Mr. Zulfakhar, the director of Hanaro Industrial Supplies (M)Sdn. Bhd. presenting his business core idea.





Me and my The-2 Minute Elevator Pitch presentation at the last night of the workshop





The night view of Kuala Lumpur was taken from my room at level 19 of Le Meridien Hotel, KL Central, Kuala Lumpur.




LRT coming from KL and about to enter to the KL Central station.





The evening view of Brickfield area.

Biotechnology Entrepreneurship Workshop


On Tuesday 12th August 2008 I have attended the Biotechnology Entrepreneurship Workshop. It was organized by Malaysian Biotechnology Corporation (BitechCorp, MBC) and was held at Le Meridien Hotel, KL Central, Kuala Lumpur for four days starting from 12 August until 15 August 2008.


Fifteen participants from various and different backgrounds have attended the workshop. Among them are buisnessmen, academicians as well as small medium entrepreneurs (SMEs). The workshop was very informative, since the main objective of the workshop was how to creat understanding among those different backgrounds towards the nature of entrepreneurship.


All lectures were delivered by two very experiences lecturers from National University of Singapore (NUS), Associate Prof. Dr. Lee Khai Sheang and Mr. David Lim Yoke Peng. At the end of the workshop, on Thursday night, all participants have to present thier The-2 Minute Elevator Pitch where every participant try to convince the others of the uniqueness of his/her business idea.

To me the workshop was very fruitful and enjoyable and I have learnt lots of new knowledge in the business area. Thank you very much to BiotechCorp for inviting and giving me opportunity to be one of the participants.





















7/10/08

Yusra kedatanganmu bertambah keahlian keluarga

Yusra anak saya yang ketiga dilahirkan pada pukul 6.15 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Walaupun usia kandungan ketika anak saya ini dilahirkan masih lagi awal 2 minggu dari tarikh yang dijangkakan oleh pakar perubatan, namun kemahuan Allah mengatasi segala kemahuan makhlukNya.

Yusra dilahirkan pada awal pagi Selasa 6hb Mei 2008. Dengan kehadirannya bertambahlah lagi ahli kelurga saya yang masih kecil ini. Barang kali kita berpendapat bahawa harta kekayaan adalah semata mata berbentuk kebendaan dan kewangan, namun harus kita sedar bahawa anak anak kurniaan Allah juga merupakan aset kekayaan seseorang, justeru itu dengan segala pemberian Allah kepada kita, kita mestilah bersyukur.


Bersykur di atas setiap pemberian Allah akan bertambah lagi ni`matNya kepada kita ini kerana Allah telah berjanji di dalam Al-Quraan maksudnya: Barang siapa yang bersyukur dengan ni`mat yang diberi kepadanya mesti AKU akan tambahkan ni`mat pemberian kepada kamu semua, (tetapi di sebaliknya) sekiranya kamu semua kufur (tidak bersyukur) dengan ni`mat pemberianKu maka sesungguhnya azabKu amat pedih.


Maksud ayat tadi amat jelas bahawa pemberian dan kurniaan Allah kepada kita walau dalam apa jua bentuk sekali pun kita mesti bersyukur walau apa jua keadaan, sama ada baiknya atau buruknya. Kalau lah pemberian itu baik maka kita bersyukur dan kita akan perolehi ganjaran di atas kesyukuran itu, di sebaliknya sekiranya pemberian itu kurang baik, maka kita mesti bersabar kerana dengan bersabar kita juga akan dapat ganjaran yang besar, juster itu dalam kedua-dua situasi ini kita akan dapat ganjaran dari Allah. Alhamdulillah sykur ni`matMu ya Allah.

SELAMAT HARI JADI YASMIN KE-3



Pada 4 Jun yang lalu, genaplah usia anak saya yang kedua YASMIN 3 tahun. Pada sempena itu kami sekeluarga meraikan hari jadinya yang ke 3 dengan sederhana dan suasana kecil kecilan sahaja, namun ianya tetap meriah. Di sempena itu saya banyak mempelajari perkara baru, contohnya tidak semestinya majlis keraian itu besar untuk kita rasa seronok dan bahagia, tetapi di sebaliknya pengisian itu yang akan menentukan sama ada sesuatu majlis itu bahagia atau sebaliknya. Di sempena itu juga, saya dapat mempelajari erti sebuah keluarga dan keutuhan ikatan seisi keluarga apa bila semua anggota keluarga yang masih kecil ini berkumpul dan sama sama menyambut kemeriahan susana itu. Walaupun saya sudah mempunyai anak sulung saya Ahmad Faris yang sudah berusia 5 tahun, tetapi dengan bertambahnya ahli keluarga akan bertambahlah lagi pengalaman dan pada masa yang sama bertambah lagi kesedaran sebagai seorang ayah dan pemimpin keluarga. Syukur Alhamdulillah di segala kurniaan dan ni`mat yang di berikan.

7/7/08

Memikirkan tentang sesuatu yang hendak diperkatakan memang merupakan perkara yang susah. Sebab itu, gambar ini menampakkan betapa susahnya saya memikirkan tentang susunan kata dan binaan ayat yang akan saya perkatakan.

7/3/08

E mail ini aku terima dari Dr. Ain

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini???. BULAN REJAB Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let?s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:?

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara